Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Thursday, 11 September 2014

Kisah Hari Raya dan Snow

As salam dan salam sejahtera,

Hari raya baru-baru ni, kami dah berpakat dengan 'adik-beradik' Auckland nak sambut hari raya dan main snow di kampung Ohakune..yela sebab tahun lepas dah beraya dekat Taupo dan Whakapapa..kali ni giliran Ohakune pulak menjadi pilihan..

Perancangan yang dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi akhirnya menjadi impian bagi kami bersama 'saudara-saudara' kami yang lain..seronok bila leh berkumpul ramai-ramai macam ni..

1ST DAY : HARI YANG DINANTI AKHIRNYA TIBA

Pergerakan dari Auckland bermula jam 11 pagi dan sampai ke kampung Ohakune lebih kurang 7 malam..kalau ikutkan google maps hanya 4 jam 15 minit..oleh sebab kami menyinggah di beberapa perhentian untuk solat berjemaah, makan dan lain-lain aktiviti yang dirancang so ia memakan masa lebih dari yang dijangkakan..tapi alhamdulillah walaupun perjalanan mengambil masa yang begitu lama untuk sampai ke destinasi, kami tetap enjoy dengan panorama-panorama yang dihidangkan sepanjang laluan ke sana..memang cantik dan awesome.. :)

Hamilton Garden: Singgah untuk makan tengahari
Lepas solat, bergambar jap dekat garden sebelah
Lepas sampai di kampung Ohakune, terus kami mencari penginapan yang telah ditempah sebelum ini.. kami sekeluarga telah menginap di homestay Akipo Lodge, Southridge Drive..di mana ianya menempatkan kami bersama-sama dengan 2 keluarga yang lain..Jadi aktiviti pada malam pertama kami sampai ialah makan malam bersama..jadi kaum-kaum ibu la yang sibuk menguruskan persiapan makan malam kami semua..TQ ye hehe..

Inilah homestay kami 'ala-ala' kampung

2ND DAY: SNOW AND GATHERING RAYA

Seperti biasa kaum-kaum ibu menyiapkan sarapan pagi dan bekalan makanan untuk dibawa ke Turoa Mountain..dah selesai makan, kami semua terus ke kedai sewaan pakaian dan peralatan snow pada jam 9 pagi..alhamdulillah dalam satu jam settle, petang nanti kena hantar balik semua barang yang dipinjam hehe..layanan dari semua staff di sana memang terbaik dan sangat peramah..terima kasih..

Kedai sewa pakaian dan peralatan snow
Aktiviti snow akhirnya sampai ke kemuncak, perjalanan dari kaki gunung sehingga ke puncak mengambil masa lebih kurang 40 minit..agak lama sedikit disebabkan jalan yang agak licin dan banyak kenderaan yang mula masuk berpusu-pusu untuk pergi ke destinasi yang sama..Alhamdulillah pada hari yang kami sampai, cuaca amat cerah dan amat sesuai untuk aktiviti-aktiviti snow..Sebelum tu, staff di kedai sewaan pakaian snow ada memaklumkan kepada kami, semalam cuaca tidak begitu baik jadi laluan ke puncak gunung ditutup dan tidak sesuai untuk sebarang aktiviti snow disebabkan faktor-faktor keselamatan..

Posing di laluan masuk ke Turoa Mountain
Bila dah sampai, semua orang dah teruja dengan pemandangan 'putih' yang ada disekeliling kami..apa lagi..masa untuk beriadah bersama anak-anak dan teman-teman..Untuk makluman semua, kat sini terdapat cafe, pusat jagaan kanak-kanak, tempat sewaan peralatan snow dan tandas awam yang disediakan untuk semua pengunjung yang datang..

Alhamdulillah, cuaca cerah
Panorama view Turoa Mountain
Pandangan dari atas cafe

Lepas puas dengan aktiviti keluarga masing-masing, kami semua berkumpul semula ditempat yang dirancang untuk bergambar kenangan bersama-sama sebelum bergerak pulang ke homestay masing-masing..

Gambar kenangan kami
Next activity, gathering raya bersama-sama..homestay kami telah menjadi lokasi berkumpul untuk semua keluarga..bermula dari jam 7 malam dan tamat selepas 2 jam berikutnya..terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sama-sama menjayakan aktiviti makan malam bersama..makanan yang dihidangkan semuanya sedap-sedap..terbaikkkk!!!!

Antara juadah raya kami

3RD DAY: BERGERAK PULANG

Terima kasih Ohakune sebab meninggalkan kami memori yang sangat best..Walaupun singkat tapi kesannya mendalam..hehe..hujan renyai telah turun ketika kami meninggalkan 'kampung' tercinta dan kami semua telah selamat pulang ke destinasi asal..Alhamdulillah segala aktiviti dirancang telah berjalan dengan lancar dengan izin-Nya..

* (masa balik kami ada singgah di beberapa lokasi menarik..kami akan share pada post akan datang..In shaa Allah)..

Sehingga bertemu lagi..As salam..
Terima kasih sebab membaca :)



* sekiranya entri ini bermanfaat sila klik 'LIKE' pada button di bawah..TQ




No comments:

Post a Comment