Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Thursday, 11 September 2014

APA KAITAN WANITA, SENGGUGUT DAN PAIN KILLER?

Pernah tak diantara kita (wanita) merasa sakit, loya atau mual ketika datang bulan??

Itu merupakan simpton-simpton biasa yang dikenali sebagai sindrom prahaid (PMS). Kebiasaannya ubat yang akan diberikan untuk mengurangkan kesakitan tersebut ialah Paracetamol atau dikenali sebagai Panadol atau KK atau Ponstant (ini biasanya untuk tahap sakit yang lebih kuat). Sekiranya ubat-ubat ini digunakan tanpa sebarang kawalan ianya boleh mengundang kesan negatif ke atas tuan punya badan. Tambahan pula ianya mudah didapati di farmasi-farmasi tempatan. Betul tak?



Saya nak kongsi cerita dari salah seorang sahabat saya berkenaan kisah seorang wanita yang mengalami masalah senggugut akibat penggunaan kerap 'painkiller' sehingga beliau mendapat masalah buah pinggang sehingga memerlukan rawatan dialisis di usia yang sangat muda. Saya amat simpati terhadap wanita tersebut.

Jom kenali SENGGUGUT dengan lebih dekat

Iaitu sakit ketika datang bulan. Hanya mereka yang mengalaminya tahu macam mana seksa ketika menghadapinya dan secara tak langsung ianya mengganggu aktiviti seharian.

Bagaimana ianya berlaku?

Daripada pengecutan rahim yang mengeluarkan tisu-tisu dinding rahim yang sebelum ini menebal sebagai persediaan sekiranya berlaku kehamilan. Apabila pengecutan berlaku, ianya akan mengurangkan oksigen ke sesetengah bahagian tisu dalam rahim dan secara tak langsung memberikan kesakitan kepada seseorang wanita. Rasa sakit ini juga disebabkan oleh pengecutan otot dinding rahim yang kuat kerana pangkal rahim wanita muda adalah kecil bagi mengeluarkan darah haid. Kadang-kadang seseorang wanita juga mendapat rasa mual, muntah, sakit kepala, cirit birit, sembelit ataupun keletihan selain senggugut yang dialami.

Bagaimana pula dengan PAIN KILLER?

Ianya akan memudaratkan sekiranya penggunaannya digunakan secara tidak terkawal. Penggunaan tanpa henti boleh menyebabkan maut. Kawalan penggunaannya mesti pada masa yang betul dan mengikut arahan yang diberikan pegawai farmasi


Kesan pengambilan ubat tahan sakit ini secara tidak terkawal atau tanpa henti boleh mengganggu fungsi buah pinggang sehingga memerlukan pesakit menjalani dialisis sekiranya buah pinggang gagal berfungsi dengan baik.

Bagi wanita yang menghadapi senggugut yang teruk digalakkan mendapatkan pemeriksaan lanjut kerana kemungkinan senggugut juga boleh memberi simpton kepada masalah lain seperti cyst pada ovari ataupun endometriosis.

Bagaimana menghilangkan senggugut selain dari ubat tahan sakit?

Pelbagai cara boleh dilakukan oleh setiap wanita bagi mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit. Antaranya:


  • Pengambilan gula, garam dan kafein perlu di KURANG kan
  • makanan fibre perlu di TINGKAT kan
  • rehat dan tidur yang menCUKUPi
  • AMALkan meminum air suam
  • masukkan air suam ke dalam botol dan tuam pada bahagian atas perut yang sakit (Hot Water Bottle)
  • Pengambilan Gamma Linoleic Acid (GLA) boleh menolong mengurangkan kesakitan senggugut

GLA COMPLEX SHAKLEE

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


Produk yang boleh membantu mereka mempunyai masalah sengugut. Dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, dan ia berkesan dan selamat. Diperkaya dengan Omega 6 dan digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E.

Digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid.

Selain masalah senggugut GLA complex juga bertindak sebagai:

  • Menentang kanser - anti oksida yang meningkatkan sistem imum tubuh dan menghalang pertumbuhan sel tumor atau kanser
  • Memperbaiki inflamasi kulit - mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea selain dapat meringankan sakit dan bengkak yang terjadi daripada arthritis
  • Melambatkan monopaus - memperbaiki keadaan monopaus seperti hot flashes, insomnia (tak boleh tidur), ketidakhadaman dan depressi. Pengambilan jangka masa panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan rahim dan memberi tona kepada kulit untuk terus muda
  • Menghalang kompilasi Diabetes - merendahkan gula dalam darah, meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula yang tinggi dalam darah
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - merendahkan kolestrol, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan
  • Menghalang tekanan darah tinggi - menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelakkan masalah jantung seperti serangan jantung
  • Memperbaiki tekstur rambut - memperbaiki rambut kering dan rambut gugur

** Peringatan: Vitamin Shaklee ini adalah daripada sebahagian daripada usaha sahaja. Segala testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan untuk mendapatkan nasihat lanjut daripada pakar perubatan. TIADA JAMINAN anda akan terus mendapat perubahan mendadak selepas mengamalkan vitamin semulajadi ini.


Di bawah adalah antara testimoni mereka yang telah menggunakannya (GLA COMPLEX)







No comments:

Post a Comment