Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Friday, 4 July 2014

Museum Of Transport And Technology (MOTAT), Auckland

As salam semua dan apa khabar?

Post kali ni, kami nak share trip ketika berada di MOTAT, Auckland..
Tempat yang sesuai untuk anak-anak kita mengenali secara lebih dekat pelbagai jenis kenderaan yang ada kat sini..samada pengangkutan jenis darat,laut ataupun udara..

Untuk sampai ke sini, kami menaiki public transport (Outer Link bus) dari Auckland City..Lebih kurang 20 minit sampai ler...Sampai jer, terus kami ke kaunter tiket sebelum memulakan pengembaraan ke dalam kawasan tersebut (MOTAT Meola Road). 




Turun je bas, nampak terus papan iklan kat depan pintu masuk :)


Dah beli tiket, kami ke Aviation Display Hall..Kat sini terdapat pelbagai jenis kapal terbang yang diletakkan di dalam dewan besar.. kita boleh lihat 'military aircraft' yang moden dan yang lama seperti Skyhawk dan Aermacchi. Memang kagum tengok teknologi perang yang ada sejak dari zaman dulu lagi..



Pandangan hadapan kapal perang jenis 'bomber' 



Pesawat ringan yang digantung di atas siling


Dah puas berjalan tengok kapal terbang, kami naik train pulak untuk ke destinasi seterusnya..Wah semakin ligat la tengok gelagat anak-anak yang terlalu excited nak naik train..Kami dibawa dari MOTAT Meola Rd ke MOTAT Green North Road..ada 2 lokasi berbeza rupanya, baru cheq tau hehe..its mean MOTAT ni operates across 2 sites..

Best jugak dapat naik train zaman 70 an ni..satu pengalaman baru bagi kami terutamanya anak-anak..perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk sampai ke muzium seterusnya..



'hurry up we need to catch up the train'


Akhirnya sampai jugak kami ke muzium kedua ni..terus kami ke lokasi 'Pumphouse' atau 'Engine House'..meh kita tengok latar belakang 'pumphouse' ni..

dibina pada tahun 1877..pernah diiktiraf oleh UNESCO pada tahun 2009 sebagai bangunan bersejarah..dan telah dianggap sebagai salah satu bekalan air awam yang paling maju di dunia..menarik kan??..


posing di hadapan pintu masuk 'pump house'

Our next station ialah 'MOTAT VILLAGE'..merupakan perkampungan MOTAT yang masih dikekalkan ketulenannya sehingga kini sejak dari 1962 dan telah dianggap sebagai salah satu daripada sembilan bangunan bersejarah di MOTAT..kat 'kampung' ni terdapat sebuah sekolah, gereja dan rumah-rumah lama..yang paling suka saya tengok 'bunga yang berwarna warni' (dah keluar tajuk lawatan, sorry ek)..subhanallah..memang cantik sangat..ditanam di hadapan rumah-rumah lama..sejuk mata memandang..

.







antara koleksi gambar 'special' yang diambil di perkampungan MOTAT


Lepas dah round MOTAT Village, kami ke 'pekan koboi'..kedai-kedai NZ yang digambarkan pada awal tahun 1900..ada kedai kunci, kedai runcit, kedai kereta dan beberapa lagi buah kedai (tak pasti kedai apa..sorry)..




we in 1900s !!


Kami singgah plak ke perkampungan trams..kat sini bermacam-macam jenis train yang dipamerkan untuk tontonan umum..anak-anak apa lagi bergambar sakan la dengan 'Thomas and friends' katanya..tp semua train tak bergerak pada hari yang kami sampai, difahamkan kalau nak tengok real show macam train bergerak, demontrasi print press workshops, kenderaan military, horse and carriage rides..hanya pada setiap hari Ahad minggu ketiga setiap bulan..al kisahnya..sorry bebanyak anak-anakku..next time plak le kita datang kalo nak naik..(feeling sad)..





dapat pegang pun jadilah yer..janji lampu dah 'ON'


Model stesen keretapi - 'Waitakere Station'


Balik kampung ooo balik kampung


Kat sini juga terdapat tempat 'challenge zone' bagi kanak-kanak yang meminati aktiviti interaktif seperti susun puzzle, tactical dome (menjelajah terowong), mirror maze dan lain-lain lagi..

Kalau ikutkan banyak lagi tempat yang kami nak singgah (padahal anak dah penat hehe) tapi tak sempat lagipun hujan dah mula turun dengan lebatnya semasa kami menunggu train untuk pulang ke MOTAT, Meola Rd..Alhamdulillah.. walaupun lawatan singkat tapi ianya merupakan pengalaman berharga buat anak-anak kami..Terima kasih Ya Allah atas segalanya..



Winter rain!!


Kepada semua pembaca yang kami hormati, kami harap post ni dapat menjadi medium perantara untuk berkongsi maklumat sesama kita..Semoga apa yang kami kongsikan ni dapat 'dirasai' oleh semua reader...Mudah-mudahan..In shaa Allah..

Jika anda rasa post kami ni bermanfaat, mohon LIKE button di bawah..

As salam..  

sumber : motat (DOT) org (DOT) nz


2 comments:

  1. Alhamdulillah....... blog yg menarik..gmbr2 yg diambil begitu cntik sekali.. semoga dpt mgembara bsama k hedaya n mahzan lg~izan here

    ReplyDelete