Subcribe to our RSS feeds Join Us on Facebook Follow us on Twitter Add to Circles

Pages

Thursday, 12 December 2013

Omega-3

Assalamualaikum,

Hari ni ada terbaca satu artikel kesihatan di Kosmo Online berkenaan Omega 3. Rasa rugi plak tak share ringkasan ni dengan semua kawan-kawan terutamanya yang mempunyai anak lebih kurang sebaya dengan anak saya.

Prof Dr John Colombo (Profesor Jabatan Psikologi, Universiti Kansas) telah melakukan kajian bersama Pusat Perubatan Universiti Kansas dan mendapati perkembangan kanak-kanak  mempunyai hubung kait dengan kandungan asid dokosaheksanoik (DHA).

Apa itu DHA???

Ianya merupakan asid lemak omega-3 yang banyak terdapat di dalam otak dan retina tetapi DHA tak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh drpd IKAN.

Selain itu DHA berperanan meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik so secara tak langsung menjadi pemangkin mengembangkan ciri-ciri genius yang ada pada kanak-kanak tersebut.

Sumber dipetik dari:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.aspy=2013&dt=1103&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm




Antara keratan akhbar tempatan yang membincangkan kebaikan minyak ikan yang mengandungi DHA

Mari kita tengok video ni


Ringkasan dari video ni...

- Kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford, UK untuk beberapa pelajar sekolah rendah seperti adik Elliot yang mempunyai masalah kurang daya ingatan, hilang fokus dan kurang minat pada pelajaran. (Mungkin kita dan anak-anak pun menghadapi masalah yang sama?)

- Kemudian mereka diberikan 6 biji tablet yang mengandungi bahan semulajadi dalam minyak ikan iaitu Omega-3

- Selepas makan tablet selama beberapa minggu, adik Elliot dah jadikan library tempat yang paling 'menyeronokkan'. Fokus kepada pelajaran dan daya ingatan semakin meningkat.

Kesimpulannya, lepas ni kita dan anak-anak pun kena makan tablet yang ada Omega-3 untuk lebih fokus selain dapat meningkatkan daya ingatan hehehe..

Terima kasih sebab membaca..sehingga berjumpa lagi..as salam... :)







No comments:

Post a Comment